Pages

Subscribe:

Tuesday 8 April 2014

Cara Langgan Prepaid Tunetalk selama 1 tahun ( 1 year validity)


Saya adalah pengguna prepaid Tunetalk. Macam prepaid lain juga, kita perlu beli topup setiap bulan untuk pastikan kita sentiasa boleh  membuat sebarang panggilan, sms dan surfing internet.

Salah satu kemudahan yang pihak Tunetalk sediakan iaitu membolehkan pengguna lanjutkan tempoh langganan selama setahun. Jadi, kalau anda topup RM50 untuk bulan 20 Julai 2013, kredit anda tu akan sah hingga 20 Julai 2014! Tak perlu dah beli topup setiap bulan semata-mata nak lanjutkantempoh sah  ( credit validity ) prepaid kita. Pasti menguntungkan untuk mereka yang jarang menggunakan handphone untuk panggilan atau sms keluar.
Jadi, kalau terlewat topup prepaid pada setiap bulan. pun, tak jadi masalah sebab kita masih boleh membuat panggilan dan sms. Topup cuma sekali je, dah boleh guna untuk setahun!
Sudah menjadi tabiat saya setiap tahun untuk renew langganan tahunan saya sebab saya biasanya hanya topup sekitar RM20 sahaja setiap bulan yang hanya sah untuk 22 hari sahaja. Jadi tak sampai sebulan , prepaid dah tak boleh guna walaupun baki kredit masih ada. Tentu frust kan?
Kenapa saya topup RM20sahaja?
Sebab utama pastinya sebab saya jarang sangat buat call out / sms. Jadi penggunaan kredit tidaklah setinggi mana setiap bulan. Lagipun caj tunetalk tidaklah semahal mana sebab guna flat rate.Memang jimat. Dengan telco sebelum ni biasanya saya guna RM30 – RM50 sebulan.

Sebab kedua ialah syarat minima untuk dapat komisen bagi bisnes prepaid Tunetalk-ToneExcel cuma RM20. Memang tak membebankan langsung!. Jadi saya tidaklah rasa tertekan semata-mata nak maintain kelayakan komisen ni. Ia jauh lebih rendah berbanding kalau saya join bisnes MLM yang tetapkan belian peribadi yang tinggi. Paling rendah saya pernah jumpa ialah kena buat belian  bernilai RM100. Terpaksa beli produk yang kita tak berapa guna sangat.Dengan Prepaid Tunetalk – ToneExcel ni berbeza sebab, suka tak suka, memang dah jadi keperluan harian kena beli topup.

Ok, berbalik kepada cara untuk panjangkan tempoh sah kredit prepaid Tunetalk kepada setahun, kita perlu ada sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai kredit bernilai RM48. Ini kerana kos untuk extend 1 year validity ini dikenakan caj RM38 untuk 365 hari dan anda perlu ada baki minima RM10 selepas itu. Jadi untuk selamat, boleh beli topup bernilai RM50.

Selepas itu, hanya hantar sms SET ke 1212 .

Anda akan menerima sms pengakifan dalam beberapa saat sahaja. Sms itu berbunyi “RM38.00 Your top up validity is extended to 365 days from today. Thank you for using Tunetalk”.

Hanya dengan satu sms sahaja servis ini akan disahkan. Jadi, pastikan anda memang benar-benar ingin panjangkan tempoh sah (validity) kredit prepaid Tunetalk anda kepada 1 tahun dan bukan sekadar mencuba-cuba sebab RM38 akan ditolak terus dari kredit anda.

 Dan kalau minat nak join bisnes prepaid Tunetalk yang Simple Tapi Best ni, boleh daftar free disini dulu, upgrade VIP bila anda dah bersedia.

Dapatkan Laporan TuneTalk Menjana Wang

4 comments:

  1. Salam admin blog,

    Boleh saya tahu jangka hayat data plan jika langgan prepaid tunetalk untuk setahun ini?

    ReplyDelete
  2. Salam admin blog,

    Boleh saya tahu jangka hayat data plan jika langgan prepaid tunetalk untuk setahun ini?

    ReplyDelete
  3. Wow!!! Setahun tu.. Untungnya banyak Kelebihan pengguna tune talk ni.. Kena rajin rajin buat carian

    ReplyDelete
  4. Best Payout Casinos | Casino Roll
    Casino Roll has an average payout of The payouts are displayed on the golden star screen, which makes 토토 사이트 리스트 the games available nextbet for 벳 플릭스 free. The free spins 슬롯머신 무료

    ReplyDelete

 
Blogger Templates